Khamis, 1 Ogos 2013

Terbaru!!! Kes Tembak di Parit Buntar


"Satu lagi insiden kematian tembakan. Berlaku di Parit Buntar sebentar tadi.. Kita dalam keadaan tak selamat" - Raja Ahmad Iskandar



Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.


Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Menurut laporan polis, mangsa juga pernah mempuyai 5 rekod jenayah lampau.



p/s: "Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini." - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

Baru kejadian tembak menembak, belum perang lagi. Belum ada kete kebal di jalanraya Malaysia. Luar tingkap umah masih belum ada askar yg meniarap kat celah-celah pasu bunga.
Alhamdulillah.. Malaysiaku masih aman. 

Harga Handphone Lebih Mahal Dari Sepucuk Pistol 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive