IPOH 4 Ogos - Tiga
termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam
kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di
sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9
malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati
dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban
ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie
Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang
berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya
adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad
terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut
memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan
beberapa buah motosikal.
Kerja-kerja memadam
kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15
tengah malam.
Menurut Timbalan
Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
Semasa kami sampai di
lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika
ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat
berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah
siasat.
Ahli Parlimen Tambun
merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir
meninjau lokasi kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan