Ahad, 18 Ogos 2013

Erdogan: Penguasa Mesir Itu Pengganas, Bukan Ikhwanul-Muslimin. Sisi Sama Saja Dengan Assad


Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan kembali mengecam dan mengutuk aksi ganas penguasa sementara Mesir. Beliau melihat ketika ini sedang berlangsung terorisme negara sedang berlaku di Mesir.


Tindakan brutal pemerintahan sementara Mesir dengan membantai warganya telah menyebabkan reaksi keras dari berbagai negara di dunia.

Malah Erdogan menyatakan panglima tentera Mesir Abdel Fattah al-Sisi sama dengan pemimpin Syria Bashar al-Assad.

"Masjid Al-Fath sedang dikepung. Tempat ibadah tidak bersalah. Mereka membakar, menghancurkan masjid kami di Syria dan Mesir. Entah Bashar atau Sisi, tidak ada bezanya," ujar Erdogan seperti dikutip hurriyetdailynews.com.

Erdogan juga mengecam kabinet Mesir kerana telah menyebut pendukung Presiden Muhammad Mursi sebagai "teroris."

"Orang-orang tersebut menyatakan 'kami meminta suara kami harus dihormati.'" Tapi ada orang-orang menggelarkan mereka teroris. Tetapi saya menyatakan bahawa terorisme negara ketika ini sedang berlangsung di Mesir," kata Erdogan.

"Ketika ini ada dua kubu di Mesir: Mereka yang mengikuti Firaun, dan mereka yang mengikuti Musa," tambahnya.

Erdogan mengutuk serangan terhadap tempat-tempat ibadah, termasuk gereja, tetapi menyatakan bahawa pendukung Ikhwanul Muslimin di mana sebahagian besar melindungi tempat-tempat dari yang dirosak.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengacungkan tangan simbol perlawanan rakyat Mesir terhadap kebiadaban tentera Mesir.

Sementara itu di Kuala Lumpur harakahdaily melaporkan tindakan rejim kudeta Mesir pimpinan tentera yang bercadang untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin tidak akan menyelesaikan konflik berdarah di negara itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan terus memburukkan lagi keadaan di Mesir apabila pihak yang menyokong Presiden dipilih rakyat, Dr Mohamed Morsi bertindak menyatakan bantahan.

"Tindakan untuk mengharamkan Ikhwan telah saya jangkakan sebelum ini dan ini sebagai satu usaha mereka untuk menghapuskan terus pergerakan tersebut.

"Tetapi kita perlu melihat dengan tindakan tersebut ia tidak akan menyelesaikan apa yang berlaku di Mesir. 

"Saya merasakan kesan akan lebih teruk apabila wujud ketidakpuasan hati dari penyokong Ikhwan apabila kerajaan tentera Mesir mengambil tindakan tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily. 

Salahuddin yang menegaskan pihak yang terbabit di dalam konflik Mesir itu perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan lebih ramai yang terkorban serta meminta negara-negara lain campurtangan dalam usaha mencari jalan pendamaian. 

Beliau memberitahu, jika pengharaman Ikhwan dilakukan ia akan mengembalikan Mesir kepada zaman lampau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive