Jumaat, 23 Ogos 2013

Bebas: Azilah, Sirul dibebaskan, siapa sebenarnya yang bunuh Altantuya?


HULU LANGAT - Bekas  anggota Unit Tindakan Khas Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar yang dibebaskan  dari tuduhan membunuh wanita  Mongolia, Altantuya Shaariibuu tujuh tahun lalu telah disahkan meninggalkan penjara, di sini pagi ini.

Azilah ditempatkan di penjara Kajang sementara Sirul di penjara Tapah.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia , Datuk Zukifli Omar ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua bekas anggota dan pegawai polis itu telah  keluar dari pekarangan penjara.

Menurutnya, Azilah yang hadir semula ke penjara Kajang untuk proses dokumentasi dikatakan ditemani ahli keluarga dan meninggalkan semula penjara itu kira-kira pukul 11.45 pagi.

“Azilah  kembali ke penjara untuk mendapat surat akuan pembebasan sebelum dibenarkan keluar,” katanya.

Wartawan yang menunggu di hadapan pintu masuk penjara walau bagaimanapun gagal menemui Azilah.  

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Dalam rumusan penghakiman mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

p/s: siapa bunuh?? apa motif pembunuhan?? macam mana bom c4 boleh keluar?? siapa nak jawab ni????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive