Rabu, 7 Ogos 2013

Lagi kes tembak di Kulim, penjual telefon bimbit cedera parah


KULIM: Seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, di sini, malam tadi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Soo Song berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam selepas beberapa minit lelaki berusia 26 tahun itu sampai ke rumahnya.
 


"Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah lalu melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian belakang bahu kiri peniaga itu," kata Chin ketika dihubungi BERNAMA, hari ini. 
Katanya kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal. Beliau berkata, semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan keadaannya kini dilaporkan stabil. 

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Inspektor Mohd Anuar Mohd Noor di talian  04-4906222 atau mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive