KULIM – Hasrat sepasang kekasih berusia 17
tahun untuk memadu kasih di kawasan semak berhampiran Jana kuasa TNB di sebuah
taman perumahan di sini tidak kesampaian apabila aktiviti mereka berjaya dihidu
polis yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah, kira-kira jam 4.30 petang
kelmarin.
“Setelah mengepung kawasan belukar itu, kami ternampak seorang remaja
lelaki keluar dari belakang semak dan beberapa minit kemudian seorang remaja
perempuan pula keluar dari tempat sama.
“Siasatan mendapati mereka masih bersekolah dan memberikan alasan
berbincang tentang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan
diduduki,” katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, sepanjang ditahan, pelajar perempuan menunjukkan reaksi
agresif seperti menangis, ingin mencederakan dirinya sendiri selain
berpura-pura hendak pengsan.
Katanya, bagaimanapun setalah dimaklumkan kepada pasangan itu bahawa
polis akan menghubungi kedua-dua keluarga remaja terlibat, keadaan mula
terkawal.
“Kedua-dua remaja itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga
masing-masing,” katanya. – Sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan